Tuesday 2 July 2013

Rawatan dalam Islam

Syukur, Alhamdulillah kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Nikmat terbesar adalah iman dan Islam. Kita juga dibekalkan dengan wahyu terbesar iaitu Al-Quran yang merupakan kalam Allah. Usahlah bergantung pada tangkal, azimat, wafak dan sebagainya kerana Al-Quran itu diturunkan dengan sempurna.
“Barang siapa yang berkata-kata dengan Al-Quran, pastinya kata-kata itu benar.”
“Barang siapa yang berjanji menggunakan Al-Quran, pasti janji itu ditepati.”
“Barang siapa yang menghukum seseorang menggunakan Al-Quran, pasti hukuman itu adil”
“Barang siapa minta penyembuhan dengan Al-Quran, maka Al-Quran itu menjadi penyembuh baginya.”

Kita juga beruntung menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kerana mendapat mukjizat Nabi yang terbesar iaitu Al-Quran. Isilah jiwa kita dengan ilmu agar dapat menghindari khurafat.

Manusia itu terdiri daripada dua unsur - rohani dan jasmani. Sakit jasmani seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya ada rujukannya di hospital dan boleh minta ubat daripada doktor. Tetapi doktor tak boleh bagi ubat untuk penyakit rohani seperti hasad dengki, tak tutup aurat, suka marah dan lain-lain lagi. Al-Quran diturunkan sebagai rahmat, oleh itu ianya boleh menjadi ubat untuk rohani dan fizikal manusia. Al-Quran merupakan mukjizat dan takkan boleh dicipta oleh seluruh jin dan manusia sekalipun mereka semua bekerjasama.

Oleh itu tinggalkanlah kebergantungan kepada azimat, tangkal dan sebagainya yang boleh menggadaikan akidah dan membuat seseorang itu terseksa di akhirat nanti. InsyaAllah, saya akan berkongsi ayat-ayat Al-Quran sebagai usaha menyembuh penyakit. Namun begitu, perlu diingatkan jika tak sembuh sekali pun, InsyaAllah kita akan dapat pahala membacanya. Tambahan pula jika membaca di bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi.

Khurafat bukan saja berlaku dalam perubatan tradisional, namun dalam perubatan moden juga apabila kita percaya bahawa ubat atau seseorang doktor pakar itu berkuasa menyembuhkan penyakit. Kita seharusnyan mengembalikan semua kuasa kesembuhan kepada Allah SWT. Ubat dan doktor atau perawat hanyalah sebagai cara kita berikhtiar.

Antara amalan lain yang membawa kepada khurafat ialah apabila nak masuk hutan, masih ramai yang minta perlindungan dengan penjaga hutan. Siapa yang buat hutan? Kenapa tak minta perlidungan dengan pencipta hutan sendiri?

Ramadhan hampir tiba dan amalkanlah ayat-ayat yang saya ajarkan. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. Apa saja kebuntuan yang kita ada, buatlah solat istikharah dan minta pada Allah. Sebelum berjumpa perawat, cubalah rawat diri kita sendiri. Sebenarnya 70 peratus kesembuhan ada pada diri pesakit sendiri.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Seorang isteri datang berjumpa saya dan berkata suaminya hilang. Dia ingin berjumpa bomoh Siam. Apa nasihat ustaz.
J: Pada pendapat saya, usah rujuk pada bomoh yang karut-marut ini. Saya cadangkan buat solat hajat, dan yang lebih mujarab ialah apabila isteri itu sendiri yang buat. Yakinlah Allah sentiasa ada bersama kita dan mengadu pada-Nya. Jika melibatkan barang yang hilang, lepas solat baca ayat ini 7x: <boleh rujuk buku tulisan ustaz> . InsyaAllah apa yang hilang akan diganti semula oleh Allah.

S: Anak saya berumur 1 tahun dan kerap menangis. Saya ada berjumpa orang yang agak berilmu untuk berubat dan diberikan lada hitam untuk diletak berdekatan bantal dan buainya. Apakah hukum menggunakan lada hitam tersebut?
J: Saya tidak nafikan bahawa lada hitam merupakan satu makhluk yang hebat dan ditakuti jin. Saya tidak menghalang untuk menggunakan lada hitam itu tetapi kena jaga niat dan kepercayaan kita. Jika anggap lada hitam itu sebagai ikhtiar kita sepertimana jika demam kita makan panadol, itu tidak mengapa. Namun begitu, jika anak kecil menangis, sebelum berjumpa perawat atau bomoh, cuba rawat sendiri menggunakan ayat Al-Quran. Anak kecil biasanya menangis kerana diganggu oleh Ummu Shibyan. Ummu Shibyan ini jika berada dilaut, laut akan kering. Jika berada di padang ragut, padang akan kering-kontang menjadi padang pasir, jika berada pada manusia, boleh jadi cacat seumur hidup. Jika melibatkan tangisan bayi, baca ayat: <Ayat ini terdapat dalam buku 'Seindah Nama, Semurni Peribadi'>
Jika diamalkan ketika mengandung, ulama mengatakan anak yang bakal dilahirkan akan kebal daripada gangguan Ummu Shibyan. Amalkan juga ayat 11 surah Fathir. Untuk rujukan lengkap berkaitan mengubat anak menangis, bolehlah dapatkan maklumat lanjut daripada buku saya yang bertajuk 'Seindah Nama, Semurni Peribadi'. Terdapat juga doa dan zikir amalan untuk ibu mengandung.

S: Adakah amalan meletak kapur di belakang telinga bayi dengan harapan mengelak gangguan makhluk halus dianggap sebagai khurafat?
J: Kapur ini paling mujarab untuk mengeluarkan makhluk halus iaitu semut, jika masuk dalam telinga :) Saya tidak menghalang, mungkin jin dan iblis takut dengan kapur, tetapi letakkan dengan niat sebagai ikhtiar meminta bantuan Allah, dan bukan percaya pada kuasa kapur tersebut. Letaklah dengan bacaan 'Bismillah' dan jampi dengan ayat-ayat ruqyah untuk menghalau makhluk halus.

S: Bolehkan menggunakan khidmat pawang untuk membuat pasak rumah?
J: Saya tak halang kerana Nabi SAW berkata di setiap kediaman itu ada jin yang menunggunya. Paling mujarab adalah apabila tuan rumah sendiri yang melakukannya, oleh itu tak perlulah gunakan khidmat pawang. Sebelum keluar rumah, cari tiang seri atau tengah-tengah rumah, dan azankan tiga kali. Azan dengan niat memagar rumah. Boleh juga membaca ayat kursi dan pusing keliling rumah. Jika nak guna pawang, pastikan pawang itu betul dan tidak menggunakan khidmat jin.

S: Ibu saya sakit tua dan dinasihatkan seorang ustaz untuk membuang saka pada dirinya. Ustaz itu mengatakan bahawa ibu akan meninggal dalam masa terdekat setelah saka dibuang. Saya membenarkan dan setelah 2 minggu, ibu meninggal dunia. Saya rasa bersalah kerana membenarkan saka tersebut dibuang. Adakah saya terlibat dengan perbuatan syirik? Mohon penjelasan ustaz.
J: Ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki semuanya adalah urusan Allah. Saya ingin berpesan kepada semua yang mengaku sebagai perawat Islam, jika tahu sekalipun bahawa seseorang akan mati selepas saka dibuang, usahlah dimaklumkan kepada pesakit atau keluarganya kerana ianya boleh mengundang fitnah dan apa yang berlaku hanyalah kebetulan dan sebenarnya telah pun Allah tentukan. Kepada keluarga pesakit pula, usah menyesal kerana saka memang perlu dibuang. Jangan percaya bahawa kematian itu kerana saka telah dibuang, sebenarnya ajal yang ditentukan takkan diawal atau dilewatkan walau sesaat. Jika tidak dibuang sekalipun, apabila ajalnya telah sampai, ibu akan tetap meninggal.

S: Bagaimana untuk membuang sihir yang diletak keatas kedai saya. Saya telah meminta bantuan seramai 10 orang perawat, namun masih belum berjaya dan kini saya ingin lakukannya sendiri. Apa yang perlu dilakukan jika sihir selalu dihantar ke kedai saya.
J: Sihir boleh berlaku pada orang dan tempat. Tanda-tanda tempat disihir yang biasa kita dengar ialah orang nampak kedai tutup walaupun buka sebenarnya. Antara tanda lain, sifat marah mudah menular dalam kedai – contohnya pekerja sering bergaduh, pelanggan mudah marah dan sebagainya. Ayat pembatal sihir yang boleh diamalkan – surah Al-'Araf, ayat 117 – 121 dan surah Yunus, ayat 81-83.

S: Saya baru pindah rumah dan dikatakan ada jin di rumah saya. Ketika berubat, perawat seolah-olah menurun dan meminta jin itu keluar dan berjanji akan membawa jin itu pergi jauh. Dia mulakan dengan Bismillah dan ada beri saya ayat untuk dibacakan, tetapi tulisan Bismillahnya besar, dan ayatnya kecil sehingga saya tak boleh baca. Dia ada juga beri saya kertas dengan gambar pisau melengkung, bintang dan sebagainya dan meminta saya membawanya bersama jika ingin keluar. Namun dia berpesan juga yang jangan percaya pada kertas tetapi percaya pada kuasa Allah.
J: Perbuatan menurun adalah dilarang dalam Islam kerana ianya menggunakan khidmat jin. Ayat yang diberikan pula kecil dan tidak jelas untuk dibaca, oleh dikhuatiri bukan ayat Al-Quran yang sebenar. Kertas bergambar yang diberi itu sebenarnya wafak dan tidak dibenarkan. Kembalilah kepada Al-Quran. Amalkan azan seperti yang saya ajar dalam soalan sebelum ini dan pasang ayat Al-Quran sebelum ini. Saya nasihatkan lagi sekali agar sebelum berjumpa perawat, selidiklah latar belakang orang itu terlebih dahulu.

S: Adakah penggunaan kayu koka dianggap sebagai syirik?
J: Jika percaya kayu koka atau barang-barang lain ada kuasa menyembuhkan penyakit, melariskan kedai, itu syirik secara terang-terangan.

S: Ustaz ada beri cara mengubat resdung menggunakan air kolah daripada 7 masjid. Jika masjid tiada kolah, bolehkah guna air paip? Bagaimana pula jika air kolah itu mengandungi bakteria?
J: Air yang paling mujarab ialah air zam-zam. Seterusnya air kolah di masjid. Air paip tak boleh. Kena air kolah yang orang celup tangan untuk ambil wudhuk dan jika kolah itu ada paip pun tidak boleh. Kolah yang mujarab adalah kolah yang masjidnya aktif, bukan kolah masjid yang ditinggalkan sehingga airnya berlumut dan berberudu. Ambil dari kolah yang airnya sering bertukar. Kenapa air kolah mujarab? Kerana air itu mendengar azan 5 kali sehari dan mendengar bacaan Al-Quran setiap hari. Air ini bukan untuk diminum tetapi untuk dibasuh muka. Bacakan ayat 82, surah Al-Isra' dan surah Al-Mukminun, ayat 11-14. InsyaAllah masalah resdung boleh diatasi.

S: Isteri saya tak boleh tidur selama 4 tahun. Saya berjumpa seorang perawat. Dia mengambil Quran dan menggantung pada gunting. Selepas dijampi, Al-Quran itu berpusing dengan laju. Bila ditanya dikatakan penyakit itu terlalu kuat dan sama ada pesakit, orang yang buat khianat atau perawat itu yang akan meninggal. Selepas 3 minggu, saya menelefon perawat, isterinya menjawab dan mengatakan yang suaminya telah meninggal. Jadi, adakah saya terlibat dengan khurafat ini?
J: Dalam rawatan Islam, Al-Quran adalah untuk dibaca, bukan digantung atau dipusing. Kematian perawat itu cuma kebetulan dan telah pun Allah tentukan. Pada mereka yang mempunyai masalah tidak boleh tidur, baca ayat surah Al-Kahfi, ayat 11. Tak perlu ambil ubat tidur, InsyaAllah.

Wednesday 5 September 2012

CERITA ADAM



Penciptaan Adam Manusia Pertama
Sebelum Allah s.w.t menjadikan Adam sebagai manusia yang pertama, terlebih dahulu Allah s.w.t telah memaklumkan kepada para malaikat bahawa Dia akan menjadikan manusia untuk menjadi pengganti makhluk yang terdahulu daripadanya (Khalifah)

Dalam sebuah firman Allah (Al Baqarah ayat 30) menyatakan yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku akan menjadikan se orang khalifah di muka bumi"

Khalifah di sini bermaksud pengganti, iaitu manusia khalifah yang akan mengantikan bangsa Jin yang terlebih dahulu di tugaskan sebagai khalifah di planet bumi, Jin telah membuat kerosakan di bumi kerana anasirnya tidak sesuai dengan planet bumi, lalu Allah telah mengirim bala tentera dari malaikat yang di ketuai oleh Azazil yang pada ketika itu masih patuh dengan perintah Allah, rujuk juga firman Allah Al An'am ayat 165

Rujuk juga pandangan Ibnu Abbas r.a dalam tafsir quran Ibnu Katsir

Seterusnya saya ceritakan mengikut soal dan jawab untuk kemudahan semua pehak

Soalan:
Apakah reaksi malaikat apabila Tuhan hendak jadikan khalifah ?

Jawapan:
Reaksi pertama malaikat tidak bersetuju kerana dia tidak mengetahui sebab dia tidak tahu manusia khalifah itu makhluk jenis apa dan adakah nanti manusia khalifah ini sama perangainya dengan jin yang telah di peranginya yang di ketuai oleh Azazil

Soalan:
Mengapa malaikat bimbang tentang manusia khalifah ?

Jawapan:
Kerana sangkaan malaikat nanti manusia akan membuat kerosakan dan bertumpah darah, walaupun manusia khalifah belum terbukti melakukan sebarang kerosakan dan bertumpah darah

Soalan:
Kemudian apa jawapan Allah ?

Jawapan:
Jawapan Allah sesungguhnya Aku lebih mengetahui dari apa yang kamu tidak mengetahuinya

Soalan:
Mengapa Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahi rahsia manusia khalifah ?

Jawapan:
Kerana malaikat hanya di beritahu tentang ilmu bidang tugasnya sahaja, ini bermaksud pengetahuan malaikat adalah terhad tentang rahsia Tuhan jadikan manusia

Soalan:
Apakah akhirnya malaikat bersetuju tentang penciptan Adam ?

Jawapan:
Malaikat akhirnya tidak membantah kerana terbukti Adam telah menerangkan segala benda di syurga (taman) sedangkan malaikat tidak mengetahuinya

Soalan:
Setelah Tuhan mengatakan malaikat tidak mengetahui dari apa yang di rancangkan oleh Nya, Apakah terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas itu Allahpun pergi mengunjungi Rohani di alam Roh untuk di ambil kesaksiannya seperti firman Allah dalam surah Al A'araf 172

Soalan:
Kemudian Apakah yang terjadi selepas itu ?

Jawapan:
Selepas Rohani di ambil kesaksian maka Allah perintahkan empat malaikat mengambil Zat tanah dari bumi

Soalan:
Mengapa Allah tugaskan malaikat mengambil Zat tanah daripada bumi ?

Jawapan:
Kerana rahsia tanah bumi sesuai untuk menempatkan Adam menjadi manusia khalifah di planet bumi dan penciptaan bagi persediaan menjadikan Adam ini bukan hanya tanah bumi sahaja bahkan tanah syurga juga sebab manusia bakal akan mendiami di syurga juga

Soalan:
Di manakah manusia khalifah akan di ciptakan oleh Tuhan ?

Jawapan:
Manusia pertama di jadikan oleh Tuhan di jannatul khuldi, bukan di bumi, syurga ataupun jannah adalah juga di kenali sebagai tempat balasan anak cucu Adam yang soleh dan soleha

Soalan:
Adakah semasa Tuhan memaklumkan pada malaikat Rohani telah di cipta ?

Jawapan:
Benar ! Rohani telah di cipta oleh Allah lebih awal daripadanya cuma belum lagi dapat bertugas sebagai manusia khalifah sebab lembaga Adam (jasmai) belum lagi di jadikan Tuhan

Soalan:
Mengapakah Rohani belum boleh bertugas sebagai hamba sehingga manusia pertama di cipta ?

Jawapan:
Rohani tidak boleh bertugas kepada Tuhan tanpa jasmani sebab jasmanilah akan menjadi saksi atas perbuatan Rohani itu dan Rohanilah sebenarnya diri manusia tersebut lihat al qiyamah 14

Allah Mencipta Lembaga Adam

Allah mencipta lembaga Adam daripada sari pati tanah yang di ambil daripada bumi dan juga langit, tanah-tanah ini di adun dengan air serta bau-bauan dari syurga, di antara tanah yang di sebut di dalan Al Quran ialah : Tanah Tin, tanah liat tin yang mampat, tanah yang panas yang hilang baunya, tanah keras seperti tembikar Selepas adunan itu selesai maka Allah dengan sifat Jalal dan Jamalnya mula membentuk lembaga Adam dengan tanganNya (qudrat dan iradatNya) Setelah lembaga Adam di bentuk maka ia di biarkan sehingga menjadi hitam dan berubah baunya

Selepas di bentuk dalam keadaan kosong maka lembaga tersebut di biarkan kering sehingga ia berbunyi nyaring apabila di sentuh (di ketuk) dengan benda yang lain, semasa lembaga Adam terbiar mengikut masa yang tertentu itulah iblis datang untuk melihat ciptaan Tuhan tersebut, di tendangnya lembaga tersebut lalu mengeluarkan bunyi yang nyaring (Min shal shalin kal fakh khar) seperti bunyi tembikat yang kosong dan iblis juga telah masuk ikut lubang mulut lembaga itu dan ia keluar pula ikut lubang dubur lembaga Adam

Iblis ketika keluar dari lembaga Adam berikrar akan menysatkannya dan demikian juga terhadap anak cucunya, namun mana-mana yang tetap mengikut jalan yang benar maka tidak ada kuasa baginya untuk disesatkannya malah dia akan menghalang mereka dari di sesatkan. Apabila sampai waktu yang di tetapkan maka Allah dengan sifat Jalal dan JamalNya meniupkan Rohani dari ciptaannya masuk kedalam jasad Adam, lalu lembaga tersebut berubah menjadi makhluk yang dapat bergerak seperti manusia biasa, dengan cepat dan tergesa-gesa dia mahu berdiri tapi tidak berdaya

Adam yang di cipta oleh Allah setinggi 60 hasta (90 kaki) dan lebarnya 7 hasta (15 kaki) akhirnya dapat berdiri,kemudian Allah perintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, semua malaikat sujud kecuali Iblis yang tidak mahu sujud kerana dia takbur tentang asalnya daripada api sedangkan Adam di jadikan daripada tanah kontang, demikian pandangan Iblis tentang Adam, lalu Allah murka kepadanya

Allah berfirman : Hai Iblis apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada makhluk yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu ? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi ? Jawab Iblis " Aku lebih baik daripadanya Engkau cipta aku daripada api sedang dia Engkau cipta daripada tanah

Firman Allah: Jika demikian keluarlah engkau daripadanya (syurga) Sesungguhnya engkau telah di laknat terus menerus sehingga hari kiamat, Iblis pula berkata" Jika demikian berilah aku tempuh sehingga ke hari mereka di bangkitkan, kemudian atas permohonan Iblis itu Allah perkenankan, lalu Iblis berikrar untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang di antara zuriat Adam yang telah di bersihkan dari kederhakaan dan penyelewengan

Soalan:
Mengapa Allah cipta Adam menggunakan dua sifat

Jawapan:
Sebab dengan dua sifat tersebut iaitu sifat Jalal (kebesaran) dan sifat Jmal (Keindahan) menunjukkan bahawa sifat tersebut Allah berkuasa menjadikan hambanya dengan sempurna dengan tiada cacat cela kerana terdapat sifat qudrat dan iradat atas dasar kemahuanNya dan keindahan bagi sekalian ciptaaNya dan sifat itulah yang mutlak bagi DiriNya

Soalan:
Mengapa lembaga Adam di biarkan setelah selesai di cipta ?

Jawapan:
Sebab hendak menentukan kematangan batang tubuh manusia (Adam) mengikut prosesnya iaitu tempuh matang untuk sesuatu kejadian bagi menetapkan fitrah ilmu bagi manusia untuk di fikirkan

Soalan:
Bukankah lebih baik Allah jadikan Adam berasaskan KUN FAYAKUN ?

Jawapan:
Kita hendaklah ingat bahawa yang di jadikan oleh Allah ialah jasad Adam BUKAN Rohaninya, jasmani Adam inilah yang di cipta oleh Allah supaya di fikirkan oleh Tuhan yang menjadi fitrah ilmu kepada manusia untuk di buat kajian (anatomi) Jika Allah jadikan lembaga Adam berasaskan KUN maka manusia hari ini tidak berjaya menyingkap rahsia imu anatomi kecuali kepada mereka yang arif sahaja

Soalan:
Mengapa Iblis tendang lembaga Adam, pada hal dia belom lagi di istihar dehaka dan takbur ?

Jaapan:
Segala perbuatan Iblis pada ketika itu adalah untuk mencari rahsia kejadian manusia sama ada manusia akan melawan apabila di sanggah ataupun tidak, kebetulan apabila Iblis menendang lembaga Adam rupanya lembaga itu berbunyi, ertinya manusia akan melawan apabila dia di apa-apakan dengan cara yang tidak hak, inilah suatu fitrah sebenarnya, jika di tendang tidak berbunyi alamat manusia menerima apa saja tanpa bantahan dan ikhtiar inilah fitrah hukum namanya

Soalan:
Mengapa Iblis masuk kedalam lembaga Adam ?

Jawapan:
Ini juga suatu fitrah sebenarnya kerana akan masuk kedalam lembaga Adam itu makhluk yang ghaib sepertinya, iaitu Rohani, malaikat hafazho dan qarin akan tetapi Iblis tidak faham rahsianya kerana di hijab oleh Allah pengetahuannya sampailah ia tidak mahu tunduk kepada Adam dan terus membantah perintah Tuhan kerana tidak mahu tunduk sujud apabila di perintahkan oleh Allah sujud, Iblis tetap dengan pendiriannya dengan menyebut Adam di cipta dari tanah sedangkan dia dari api dan dia tak tahu rahsia Rohani yang di tiupkan Allah ke dalam jasad Adam tidak terfikir olehnya bagaimana Adam bangun dan bersifat hidup

Soalan:
Adakah Adam boleh nampak malaikat sujud dan Iblis tidak sujud kepadanya ?

Jawapan:
Adam boleh nampak pada ketika itu tapi dia tidahk tahu siapakah makhluk yang di perintahkan Allah sujud kepadanya kerana dia melihat dengan mata hatinya dan terus ke mata jasadnya

Soalan:
Adakah Iblis tidak tahu rahsia Rohani yang terdapat dalam jasad Adam ?

Jawapan:
Pada ketika itu dia tidak tahu sehinggalah Adam dan Hawa dapat di sesatkannya

Soalan:
Mengapa Allah perkenankan permohonan Iblis hendak sesatkan Adam dan anak cucunya ?

Jawapan:
Allah dengan sifat kasih sayangnya tetap memberikan keizinan kepada sekalian makhluk ciptaanNya tanpa memilih siapa mereka, ini juga satu fitrah bagi DiriNya cuma Allah akan memelihara siapa di antara hambaNya yang patuh dengan perintahNya, ternyata Iblis sudahpun tidak mahu mengikut perintah Allah supaya sujud kepada Adam, ertinya sesiapa manusia yang tidak mahu ikut perintah Allah maka ia samalah seperti Iblis yang di beri nama syayatinul Ins, ini semua adalah suatu fitrah hukum

Soalan:
Apakah maksud fitrah hukum ?

Jawapan:
Fitrah hukum itu ialah sesuatu fitrah peristiwa awal untuk di kenalpasti yang kemudiannya melahirkan sumber panduan hidup tentang kewujudan pantang dan larang yang di tunjukkan Allah kepada manusia sebagai rujukkan sekalipun Allah menggunakan makhluk yang ternyata telah melanggar perintah Allah ertinya Iblis adalah makhluk yang telah di tetapkan oleh Allah untuk menjadi ujian kepada manusia, dengan adanya peristiwa Adam dan Iblis maka lahirlah panduan untuk di jadikan suri tauladan

Selepas Adam berdiri tegak dan Allah memerintahkan kepada malaikat sujud kepadanya (malaikat semuanya sujud kecuali Iblis) maka Adam di berikan kebebasan menjelajah di dalam syurga dan makanlah buah-buahan yang di sukainya yang terdapat di syurga itu

Sesudah sekian lama berjalan dan meninjau keadaan syurga maka Adam mersa LETIH dan mengantuk lalu TERTIDUR, Apabila Adam terbangun daripada tidur di dapatinya seorang wanita sedang duduk di sebelah kepalanya lalu Adam menegur perempuan tersebut "Siapakah kamu ? Jawab wanita itu "Saya adalah seorang wanita" Adam bertanya lagi "Untuk apa kamu di jadikan ? Jawab wanita itu " Aku di jadikan supaya kamu jinak kepadaku " nampaknya wanita itu cukup faham yang dia adalah menjadi kecenderungan untuk Adam, ertinya dia faham bahawa dia adalah makhluk penggoda seorang lelaki

Sebaik saja wanita itu menyatakan bahawa dia adalah penjinak untuk lelaki maka Adampun memerintahkan wanita itu datang kepadanya, lalu wanita itu berkata" Kamulah datang kesini ! Ketika Adam mahu menghampiri wanita itu maka Adam terdengar suara "Wahai Adam ! tunggu dulu , kerana wanita itu belum lagi halal bagimu, kemudian Allah perintahkan malaikat berkumpul lalu Adam di ijab kabulkan di bawah sepohon pokok di syurga yang bernama شجرة طوبى (Shajaroti Thouba) yang di saksikan empat malaikat Jibrail,Mikail,Isrofil dan 'Izroil

Sebelum di akad nikahkan, malaikat yang berada berhampiran Adam dan wanita itu bertanyakan kepada Adam "siapakah namanya wahai Adam ? Jawab Adam " namanya Hawa ! Bertanya malaikat lagi "Mengapa Hawa ? Jawab Adam " kerana dia di jadikan dari benda yang hidup" Sebaik saja Adam dan Hawa di ijab kabulkan , tidak lama selepas itu maka turunlah perintah Tuhan kepada Adam seperti yang di nyatakan dalam Al A'araf 19

Firman Allah:

ويا ادم اسكن انت وزوجك الجنة فكلا من من حيث شئتما ولا تقربا هذه الشجرة فتكونا من الظلمين (Dan wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanan sepuasnya apa saja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu menghampiri pohon ini (jika hampiri) jadilah kamu dari golongan yang zalim)

Iblis yang begitu bedendam kepada Adam berikrar untuk menyesatkan Adam dan berusha keras menjalankan tipu dayanya secara halus yang kadangkala tidak di sedari oleh Adam sendiri, akhirnya Adam dapat di sesatkan oleh Iblis dengan membisikkan ketelinga Adam dan Hawa supaya menghampiri pohon khuldi dan memakannya, sebaik saja kedua mereka memakan buah tersebut maka terbukalah pakaian mereka

Setelah Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang di larang oleh Allah kepada keduanya dan lupa ia akan perintah Allah setelah merengan-rengankannya maka Allah tersangat murka lalu memanggil mereka keduanya " Bukankah Aku telah melarang kamu daripada menghampiri pohon itu ? Dan Aku telah peringatkan bahawa syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata (Al A'araf 22)

Adam ketika di suruh oleh Allah mengadapnya pada mulanya dia merasa malu kepada Tuhan dan cuba untuk melarikan diri tiba-tiba Tuhan memanggilnya "Wahai Adam kemana engkau akan lari ? Jawab Adam " Tidak wahai TuhanKu, Ampunkan dosa kami wahai TuhanKu ! Berfirman Allah " Turunlah kamu kesemuanya setengah kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain, di bumi tempat kamu tinggal sehingga di suatu masa (Al A'araf 24)

Soalan:
Mengapa Iblis tidak mahu sujud pada Adam ?

Jawapan:
Dia tidak mahu sujud pada Adam sebab takbur dengan asal usulnya daripada api

Soalan:
Iblis tidak mahu sujud kerana apa ?

Jawapan:
Dia tidak mahu sujud kerana dia tidak tahu rahsia Adam yang beserta Allah dan dia juga terlupa kepada yang memerintahkannya sujud itu adalah Tuhannya, yang ganjilnya ketika nak menyesatkan Adan dia memohon kepada Allah untuk mendapatkan kebenaran

Soalan:
Bahasa apakah yang di gunakan dm di syurga ?

Jawapan:
Adam menggunakan bahasa arab dan iblis juga berbahasa arab

Soalan:
Mengapa wanita itu tahu yang dia seorang wanita ?

Jawapan:
Sebab dia adalah seorang penggoda kepada lelaki dan dia juga tahu dia berasal dari sifat nafsu iaitu hawa kepada nafsu adam di sebelah kiri iaitu nafsu amarah, lawammah dan radhiah dan dia tahu bahawa hawa nafsunya mengatasi lelaki kerana dia ada tiga jenis darah iaitu darah merah, darah putih (benih) dan air susu, dia bukan di jadikan dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri sebagaimana pandangan ahli kitab

Soalan:
Mengapakah wanita itu tahu bahawa dia adalah untuk penjinak lelaki (Adam) ?

Jawapan:
Sebab dia dapat mersakan ransangan hawa nafsunya kerana mempunyai tiga jenis darah namun akhlak malunya melebihi lelaki sebab itu Adam mahu menerkamnya lalu di tegur oleh Allah

Soalan:
Mengapa Adam memerintahkan kepada wanita itu supaya datang kepadanya ?

Jawapan:
Kerana fitrah manusia wajib mengikut kata-kata seorang lelaki (rijal)

Soalan:
Mengapa wanita itu berkata kepada Adam "kamulah datang kepadanya ?

Jawapan:
Kerana fitrah lelakilah datang melamar wanita ertinya bukan perigi mencari timba, inilah sejarah fitrah ijab dan kabul dan bermulanya halal di antara seorang lelaki dan wanita

Soalan:
Mengapa malaikat bertanyakan siapa wanita itu kepada Adam ?

Jawapan:
Sebab bentuk Adam dan wanita itu berbeza sekalipun mereka berdua memakai pakaian syurga iaitu cahaya, dan Adam memberitahu malaikat bahawa wanita itu adalah Hawa

Soalan:
Malaikat bertanya Adam mengapa Hawa ?

Jawapan:
Adam menjawab sebab Hawa di jadikan daripada benda yang hidup, ertinya Hawa bermaksud benda yang hidup atau menghidupkan

Soalan:
Bagaimana Adam tahu wanita itu Hawa ?

Jawapan:
Sebab Adam dapat merasakan sesuatu rahsia yang terdapat pada diri Hawa, sebab itu pada awalnya dia mahu menerkam Hawa lalu terdengar suara menahannya "Adam ! tunggu dulu kerana ia belum halal bagimu, kemudian dia di ijab kabulkan di bawah sepohon kayu bernama sajaroti touba

Soalan:
Mengapa Adam di larang Allah supaya jangan menghampiri pohon itu, dan siapa sebenarnya pohon itu ?

Jawapan:
Sebenarnya pohon itu adalah Siti Hawa sendiri, demikianlah ayat qiasan di dalam quran yang mengatakan pohon khudi

Soalan:
Jika Siti Hawa itu adalah pohon yang tidak boleh di hampiri oleh Adam, Mengapa ? Sedangkan mereka telah di ijab kabulkan ?

Jawapan:
Sebab di syurga bukanlah tempat untuk membiak manusia, syurga adalah tempat pembalasan bagi manusia yang soleh sebab itu dia di larang menghampiri pohon khuldi (Hawa isterinya)

Soalan:
Kemudian apakah yang terjadi ?

Jawapan:
Iblis dapat mempengaruhi Adam dan Hawa dengan membisikkan kepada Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi kerana kata iblis jika Adam mahu kekal tinggal di syurga, dan Tuhan tidak akan memarahi kamu berdua, beria-ia Iblis mempengaruhi mereka berdua sehinggakan Iblis bersumpah dengan nama Allah, akhirnya berlakulah hampir menghampiri, kemudian mereka terus memakan buah itu, iaitu Adam makan buah Hawa dan Hawa makan buah Adam, lalu terbukalah pakaian keduanya

Soalan:
Apakah maksudnya makan buah ini ?

Jawapan:
Maksudnya mereka telah melakukan persetubuhan, sebab itu ketika Hawa turun kebumi dalam keadaan mengandung kali pertama, demikian kesah yang di kesahkan oleh kitab manusia di langit dan bumi karangan Al Marhom senator amaluddin Darus

Soalan:
Kemudian apakah seterusnya ?

Jawapan:
Atas kesalahan Adam melanggar perintah Tuhan maka Allahpun memurkai mereka, lalu Allah arahkan mereka keluar dari syurga, dan Adam sebenarnya bukanlah bersalah kerana bersetubuh, kerana ia telahpun halal sebagai suami isteriakan tetapi dia bersalah kerana melanggar tegahan Tuhan, Jangan hampiri pohon ini !

 Adam dan Siti Hawa setelah melakukan kesalahan maka Allah perintahkan mereka keluar dari syurga khuldi, mereka berdua dan Iblis juga di arahkan turun kebumi dan menjadi musuh di antara mereka, sebelum Adam turun ke bumi mereka sempat memohon ampun kepada Allah, ketika Adam hendak memohon ampun kepada Allah ketika mana dia hendak mengangkat kepalanya maka ketika itulah dia nampak di tiang aras kalimah shahadah

Hadis yang di riwayatkan oleh Al-Baihaqi (seorang Imam hadis bermazhab syafi'e 384 H- 458 H)

يا ادم كيف عرفت محمدا ولم اخلقه قال يا ربى انك لما خلقتنى وفعت راءسى فارانت على قوائم العرش مكتوبا فيه لا اله ا لا الله محمدرسول اللهMaksudnya:

Wahai Adam, Bagaimana kamu tentang Muhammad pada hal Aku belum lagi menjadikannya ? Adam menjawab: Wahai Tuhanku, ketika Engkau ciptakan aku (ketika memohon ampun) aku mengangkat kepala kemudian terlihat olehku tulisan di tiang 'Arsy berbunyi La Illaha Ill Allah Muhammaddarrasullullah

Kalimah tersebut memberi kefahaman kepada Adam selepas Tuhan ampunkan dosanya dan di anggap kalimah tersebut sebagai kalimah karamah yang awal di berikan Allah kepada manusia pertama itu, dengan kalimah itu fahamlah Adam bahawa Muhammad (manusia) adalah pesuruh Allah

Dalam hadis qudsi yang lain yang di riwayatkan oleh Abu Na'iem (Ahmad b Abdullah b Ahmad Al Asbahani seorang hafiz quran di lahirkan di Asbahan 336 H- 430 H) meriwayatkan
ما خلقت خلقا اكرم على منه كتبت اسمه مع اسمى فى العرش قبل ان اخلق السموات وا لأرض
Maksudnya:

Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandanganKu, telah Aku tuliskan namanya (Muhammad) bersama namaKu di 'Arsy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi

Ayat yang di atas jelas menunjukkan bahawa ujud nama Tuhan dan Manusia (Muhammad) di 'Arsy sebagai pengetahuan kepada manusia dan ujud juga tujuan manusia (Muhammad) untuk mereka bersyahadah kepada Tuhan dan bersyahadah pengakuan diri mereka kepada Allah dan inilah suatu riyaliti yang terdapat sehingga ke hari ini dan demikianlah juga dengan kembaran ALLAH dan MUHAMMAD yang menjadi hiasan dinding

Nabi Adam dan Siti Hawa semasa turun kebumi maka berlakulah suasan gawat dengan ribut petir sambung menyambung yang menghasilkan kemudiannya menjatuhkan sejenis batu hitam (Hajratul Aswad) sesampainya di bumi mereka berpisah di antara satu dengan yang lain demikian juga Iblis yang di rejam kemudiannya di kenali sebagai syaitan, ertinya di atas dia terkenal dengan nama Iblis dan di bumi dia bernama syaitan (Jauh dari rahmat Allah)

Nabi Adam di turunkan di sarindit Pulau ceylon dan Hawa di Padang 'arafah demikian fakta sejarah yang tidak di catat di dalam Al Quran, walau apapun yang pentingnya mereka bertiga iaitu Adam dan Hawa serta syaitan kekal di planet bumi sehinggalah ke hari ini, di antara mereka berdua telah menjadi musuh dan keturunan Adampun bermusuhan sesama di antara mereka

Adam dan Hawa sesampai di planet bumi mereka memohon ampun sekali lagi kepada Tuhan Robbana zolamna anfusana .......... namun syaitan tidak pernah menyesal akan kesalahannya kepada Tuhan malah menuduh Tuhanlah yang menyesatkannya. Nabi Adam dan anak cucu Adam dan Hawa di peringatkan oleh Tuhan : Dibumi kamu hidup dan mati dan mereka akan di turunkan dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya, sesiapa yang mengikutinya tidak ada siapa yang dapat menyesatkan mereka, dan sesiapa yang berpaling daripadanya akan di kumpulkan di dalam neraka.

Saturday 9 June 2012

Kenapa Portugis tak menawan utara Tanah Melayu?


Kisah di sebalik sejarah ..

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu..
FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikandalam buku sejarah
Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nadamarah Dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya: 

Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang Ada kat sana..
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.
Lagi….
Lagi…
Hang dok buat apa laei…

Wednesday 9 May 2012

Tuesday 24 April 2012

10 surah amalan

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

Tuesday 17 April 2012

Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.


Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.


Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.


Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.


Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.


Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".


Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


Wasallam




Kebesaran Illahi.


Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 
 
Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep tersebut ke tempat yg disediakan....Jawab pemuda itu: saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...
 
kapten tersebut berkata: kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asalnya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...
 
pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA..
.
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA: Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...
inshaallah...wallahualam...